Tidak seperti menjelang tahun baru Masihi, sambutan tahun baru Hijrah ada cara yang tersendiri dan penuh kesederhanaan. Kehadiran tahun hijriyyah 1431 yang bakal tiba beberapa jam sahaja lagi bukanlah suatu tarikh yang memerlukan percikan bunga api berwarna-warni, atau konsert nyanyian menggegar anak telinga, tidak perlu juga berasak-asak berhimpun tidak mengira jantina menanti detik jam besar berdenting. Alangkah mulia setiap detik meredah usia hijrah yang semakin matang, bersama keimanan yang diserlahkan dengan amalan sebagai tanda kesyukuran hayat yang masih dipanjangkan.
Menjelang 1431 H, sekali lagi seruan bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun kedengaran. Teringat pula suatu isu yang pernah saya baca tentang doa ini tidak berapa lama dahulu yang mengatakan bahawa bacaan doa ini merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkah apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang amalan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Oleh kerana artikel yang saya baca itu tercatat "Hakcipta tidak dipelihara dan sebarang cetakan atau penerbitan adalah dibenarkan bagi tujuan dakwah", jadi saya 'copy' sahaja ulasannya untuk tatapan saya dan umum.

...."Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.
Asas pendapat pertama : Kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.
Asas pendapat kedua : Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.
Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram" ......

Apa pula komen anda tentang perkara ini? Sesiapa yang 'arif tentang hukum-hakam bid'ah, silakan membuat ulasan untuk dikongsi bersama.
Buat semua pembaca, Selamat menyambut Tahun Baru Hijriyyah 1431. Merintis waktu, meredah usia, hijrahkanlah diri kita.

0 ulasan:
Catat Ulasan