Makanan kegemaranku



Bahan-bahan ( 6 orang )
300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 peket Cheddar cheese (115g)
1-2 cawan susu
Sedikit garam untuk perasa
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)
Cara-cara
Panaskan oven 180 C
Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Sediakan sauce pan, panaskan.
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

Jom buat pizza



Bahan-bahan ( 10 orang mkn )
KULIT PIZZA
500gm tepung gandum (Cap Sauh)
1/2 bungkus yis mauripan
1 Cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
INTI PIZZA
6 Keping Daging burger(Dilenyek)
1 Tin Tomato puree
1 Tin Marshroom (Dihiris Nipis2)
2 Biji bawang besar( Potong Dadu)
6 hot dog (Dihiris)
Lada hitam serbuk,Oregano,garam, gula secukupnya.
Cheese Morzella ikut suka byk mana
Cara-cara
Utk kulit. Gaul Tepung b'sama yis + garam + air suam uli hingga m'jad doh.
Masuk minyak dan uli lg hingga sebati dan tak melekat di tangan biarkan doh naik sedikit uli lg dan canaikan di atas dulang yg tlah griskan dgn butter.
INTI PIZZA Daging buger + Tomato puree + Marshroom +bawang besar+ lada hitam+garam+gula + Oregano Gaul sebati.
Letakkan inti diatas kulit pizza dan ratakan tbur hot dog dan cheese kalu nak letak nenas ke lada bangala ke...letk jer atas 2...bila kulit dah naik sket blehlah bakar dgn suhu 190"c 20 min
PIZZA SIAP .... cuba lah...

Kesibukan Urusan Dunia...

Assalamualaikum...pembuka bicara.


Lama tidak mengorak tinta di lembar ini. Mungkin kesibukan menjadi alasan yang paling relevan. Apa yang pasti, urusan dunia kekadang melalaikan banyak perkara, menghalang pelbagai kewajipan, mengundang kerja-kerja bertangguh. Walau apapun, semoga hubungan dengan Allah, sesama saudara, rakan taulan dan sebagainya tidak terjejas. Harapnya begitu lah....


Oleh kerana lama tidak berkongsi idea, kehidupan dan sebagainya di sini, fikiran terasa agak kaku untuk menghidangkan bermacam juadah cerita, idea, pengalaman dan lain-lain. Segalanya seolah-olah berebut-rebut untuk keluar dari sangkar fikiran ini. Kalau bercerita, sampai kebas jemari menaip pun belum tentu habis ke noktah penamat.


Kita lupakan saja cerita yang lalu....oppss! bukan lupa, tapi simpan saja dalam laci arkib kehidupan. Pada saat yang sesuai nanti, ia akan menjadi lembar pedoman meniti titian hidup.


Untuk entri kali ini, tiada apa yang ingin ku kongsikan. Kira zero dulu, lain kali kita jumpa lagi dengan suapan baru yang bernilai.


Wassalam. Jom santaiiiii.......