السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dan

Selamat sejahtera ....


Ramadhan kareem, alhamdulillah di atas inayah-Mu IIahi dapat ku jalani hari-hari di bulan rahmat ini dengan segala kesederhanaan dan penuh keinsafan. Berkat doa dan asuhan kami (ibu bapa) sebagai pendidik, anak-anak kecil kami turut menjalani ibadah puasa tanpa keluh kesah dan gelisah. Namun, biasalah bagi anak-anak kecil... sedikit rungutan terutama pada permulaan puasa memang tak dapat dielak. Psiko memainkan peranan... pandai-pandailah memujuk anak-anak.

Ramadhan kali ini tak banyak berbeza dari yang terdahulu. Rutin harian pun seperti biasa. Bermula dengan cuti sekolah yang sudah berakhir hari ini, rasanya diriku sudah mendapat rehat yang cukup untuk kembali bertugas esok. Anak-anak akan kembali bersekolah bersama amalan puasa yang ku harap mampu dipikulnya hingga ke saat yang sewajarnya. Sambil itu, fikiranku dah mula berkira-kira hari. Terfikirkan Lebaran... sudah setahun tak pulang ke Terengganu. Bukan tak mahu pulang, tapi masa yang seringkali kurang sesuai dengan pelbagai alasan. Tambahan pula, orang tua ku sering bertandang ke mari. Jadi, bukanlah kami tak ketemu langsung.

Kereta baru, MPV baru... Loan dah lulus, agreement dah sain. Tapi sempat ke dapat sebelum Aidilfitri? Kakak-kakakku sudah sepakat nak konvoi balik, terutama kak long sekeluarga yang ingin menumpang. Kesian abang iparku, sejak kemalangan pada 2004, sehingga sekarang kesihatannya tidak stabil. Untuk memandu ke kampung, memang kami tak harap. Alang-alang kami dah menempah sebuah MPV, eloklah mereka dapat menumpang sekali.

Setiap kali pulang ke kampung, pasti membuak-buak kerinduanku untuk bertemu saudara-mara dan rakan taulan yang jarang atau langsung tak pernah ketemu. Terutamanya sahabat handai, memang susah dan hampir putus asa untuk berusaha lagi menjejaki mereka. Maklumlah, semuanya sudah mempunyai haluan masing-masing. Tiada siapa harus dipersalahkan dalam hal ini, cuma jauh disudut hati ku berdoa agar dengan izin-Nya, dapatlah ku bertemu dengan segelintir sahabat yang sering di minda...AMIN.

0 ulasan:

Catat Ulasan