Antara Mega Sale Dan Tawaran Hebat Daripada Allah

بِسْمِ الله الرحمنِ الرحِيم
ليلة القدر خير من الف شهر
"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"

Salam sejahtera buat pembaca..
Dalam hiruk-pikuk dan kesesakan umat manusia membuat persiapan lebaran, kadang terfikir dunia ini begitu indah dan banyak urusannya. Ada urusan penting, ada urusan remeh, ada yang bermanfaat dan tidak kurang juga yang sia-sia. Yang terlintas di fikiran, agaknyalah...hanya kepuasan hati dan nafsu semata. Dan agaknyalah, itulah keindahan dunia yang sentiasa dicari manusia di dunia ini.
Ramadhan telah melewati 2/3 jelajahnya untuk musim ini. Antara hiba dan insaf, hitungan baki Ramadhan terasa terlalu pantas. Berbaloikah 'layanan' yang kuberi untuk kehadiran Ramadhan yang bertamu kali ini. Atau berangkatnya Ramadhan bersama kutukan buat diri ini.
Antara sedar dan tidak, lebaran menghampiri kita. Dengan kesibukan pelbagai persiapan, pasti ada yang kian melupakan pentingnya sepuluh hari terakhir bertandangnya Ramadhan. apatah lagi tawaran 'Mega Sale' bergantungan di sana-sini, menambahkan lagi kekaburan mata hati dan iman. Terlupakah wahai saudara-saudaraku, Allah juga menyediakan tawaran yang berganda lebih lumayan dari itu? Antara malam Lailatulqadar dan 'Mega Sale', mana yang lebih hebat? Tidak salah membeli -belah untuk keperluan lebaran, apatah lagi itulah hari kegembiraan untuk umat yang telah mengharungi madrasah al-Kareem. Tetapi nampaknya agak tidak adil kerana kaki-kaki yang melangkah ke masjid dan surau makin lesu dan lengang berbanding suasana di pusat-pusat membeli-belah.
Alangkah, andai pahala boleh dilihat dengan pancaindera...pasti umat akhir zaman ini sedar kekurangan yang mahu dibawa ke Akhirat nanti. Dunia yang disibukkan dengan pelbagai urusan, keseronokan serta ganjaran itu, belum tentu semua hasilnya layak dibawa bersama ke Sana. Fikir, fikir, dan jangan henti berfikir kerana akal yang berfikir insyaAllah membuka mata hati yang tertutup oleh nafsu.

1 ulasan:

Salam za..
Aku ada baca msj ko kat FB tp aku jrg2 sgt bukak FB aku sbb aku prefer blog lg..Pasal blog tu, sebenarnya nak jdkan ia mcm skrg sbnrnya aku bermula dr zero..x tau apa2..tp aku minat sgt nak buat blog so aku "geledah" la apa yg ada kt internet ni untuk bantu aku..contohnya nk jdkan blg ko ni 3 column - pergi kt google ko taip la apa ko nak tu..nanti berderetla blog tutorial yg akan bantu ko..
Kalu nk tambah gadjet/widgets utk ltk side bar kalu jumpa mana2 widgets yg cantik2 kt blog2 lain ko click je..nanti ko ikut la arahan dia utk ko dptkan widgets yg sama..
Itu la stkt aku bleh explain kt sini...kalu nk tanya apa2 stkt mampu aku jwb aku akan jwab..
Ok slmt mencuba..

 

Catat Ulasan