Salam buat semua pembaca,
Hari ini, 22 Mei 2010. Lagi 8 hari murid-muridku akan menempuh Peperiksaan Pertengahan Tahun. Bersediakah mereka? Terfikirkah mereka betapa besar harapan para guru untuk melihat kejayaan mereka di arena akademik? Besar harapan guru, besar lagi harapan ibubapa terhadap kecemerlangan anak-anak.
Diriku seorang guru, malah jua seorang ibu. Pun pernah bergelar murid dan anak kepada guru-guruku serta ibubapaku. Sedikit sebanyak asam garam dunia persekolahan dan pembelajaran telah dirasai. Pahit manis kejayaan mahupun kegagalan pernah mengiringi rentetan kehidupan ini. Dan sekarang masih jua meneruskan dunia pembelajaran, baik untuk diri sendiri, murid-murid, bahkan untuk anak-anakku jua.
Tanggal 31 Mei hingga 3 Jun nanti, segala yang dipelajari sepanjang penggal ini menanti cetusan kejayaan buat mereka yang berusaha. Menyusul selepas itu, peperiksaan untukku pula termaktub sehari sebelum ulangtahun kelahiranku yang ke 34 tahun. Teringat zaman muda remaja suatu masa dahulu, ketika hidup sering bergelut dengan peperiksaan. Berhempas-pulas mentelaah pelajaran sejak di bangku sekolah rendah, menengah, kemudian ke kolej, bersambung ke universiti, bertali-arus ke maktab. Ku fikir, saat-saat peperiksaan tidak akan ku harungi lagi bila telah berkerjaya. Rupa-rupanya tanggapan itu meleset. Sebagai penjawat awam, PTK menanti. Tahun lepas dah ambil, 3 mana cukup! Tahun ini diberi pilihan sama ada ingin menduduki PTK atau sebaliknya. Teringin juga untuk 'rehat' dulu, tetapi atas nasihat dan dorongan suami, ku akur. Semoga dipermudahkan Ilahi dan dianugerahkan kecemerlangan agar tidak perlu mengulangi detik peperiksaan sebegini lagi nanti.
Terlanjur menitip bicara tentang peperiksaan, di sini ku hidangkan beberapa motivasi menjelang peperiksaan buat pembaca yang berkenaan. Sebagai langkah-langkah untuk memotivasikan diri, ada banyak yang boleh anda lakukan:
Pertama, anda perlu mengenal pasti apakah tujuan anda pergi belajar ke sekolah, kolej, universiti dan sebagainya. Dan anda juga perlu tahu apakah tujuan anda mengambil peperiksaan yang anda akan duduki di tempat anda belajar tersebut. Kalau semasa di sekolah dulu anda ambil peperiksaan kerana anda mahu dapatkan keputusan yang cemerlang dan anda mahu sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, bila di universiti pun sama juga mahu dapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksan supaya mampu dapatkan kerja yang hebat-hebat. Apabila anda tahu tujuan anda belajar dan mengambil peperiksaan, anda akan dapat memotivasikan diri anda untuk lebih yakin menghadapi peperiksaan itu.
Kedua, biasanya bagi setiap peperiksaan yang anda duduki pasti mempunyai beberapa subjek tertentu. Untuk itu, bagi setiap subjek yang anda akan ambil itu anda perlu meletakkan target pencapaian bagi setiap subjek dan juga keputusan pencapaian keseluruhan peperiksaan yang akan anda ambil itu. Dengan meletakkan target seperti itu ia akan menyuntik semangat dan motivasi untuk menghadapi peperiksaan itu. Anda juga akan dapat fokus mana-mana subjek yang anda rasa boleh target dengan baik dan tahu akan kelemahan anda pada mana-mana subjek tertentu. Dengan ini anda akan dapat membuat persediaan bagi mencapai target anda itu. Keyakinan pasti terhasil dari muhasabah tersebut untuk menghadapi peperiksaan.
Ketiga, cuba kenal pastikan kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri anda. Firman Allah dalam Al Quran:
“Sesungguhnya Kami jadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan yang sesuai dengan keadaannya”.
Apakah 'kelengkapan' itu? Komputer canggih? Otak lagi canggih!!!
Jadi, kelebihan dan kekuatan seseorang itu terletak pada otaknya. Kalau anda hendak melihat kekuatan dan kelemahan diri anda, ukurlah sejauh mana kehebatan otak anda berfikir. Memang sudah jelas terbukti kehebatan otak manusia itu. Kehebatan ini ada dijelaskan di dalam sebuah Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Andai kata Bani Adam itu tidak dikelilingi oleh syaitan, nescaya pasti mereka akan mampu melihat rahsia kerajaan langit”.
Begitulah hebatnya kehebatan otak manusia yang anda pun memilikinya. Anda perlu menjadikan kehebatan otak anda dengan sebaik-baiknya tanpa gangguan nafsu (gangguan syaitan) supaya terus cemerlang di dalam hidup dunia dan akhirat.
Keempat, sebelum menghadapi peperiksaan anda perlu wujudkan di dalam diri anda bahawa anda sentiasa 'belum'.
Belum cukup ulangkaji!!!
Belum ingat formula!!!
Belum mahir konsep!!!
Ini bertujuan untuk memberi dorongan dan menggalakkan diri anda supaya anda berterusan mengulangkaji pelajaran. Jangan salah konsep dengan menjadikan rasa 'belum' sebagai punca stress dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Jadikan rasa 'belum' itu sebagai dorongan dan semangat untuk anda merasa seronok untuk terus belajar lagi dan belajar. Ianya adalah sebagai persediaan yang secukupnya menjelang peperiksaan.

Akhir sekali, jangan mengulangkaji di saat-saat akhir. Walau otak memang canggih, kelalaian bersedia dari awal hanya menganiayai diri sendiri, membazir masa dan menempah kegagalan. Selamat berjaya untuk anda semua dan untuk diriku jua.