Guru Pembina Negara Bangsa

16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU 2010

Tarikh: 16 Mei 2010 (Ahad)

Tempat: Universiti Malaysia Pahang

Tema: Guru Pembina Negara Bangsa

ANUGERAH 2010

1. Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
2. Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
3. Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas
4. Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya
5. Anugerah Guru Inovatif

OBJEKTIF SAMBUTAN


1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

4. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

5. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LAGU HARI GURU 2010


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar baktiku curah

Demi mu ibu pertiwi

Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara

Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa

Tetap Unggul senadakan suara

Sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid

Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin

Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


sumber : portal Hari Guru KPM

0 ulasan:

Catat Ulasan