Amanah Ilahi



Anugerah Ilahi buat kami....

Amanah yang amat besar untuk disempurnakan.


Salma Rifda, 6, Ili Izyan, 5 dan Muhammad Khaleef, 1, semuanya berbinkan Mohd Hakkam adalah anak-anak yang selamat aku lahirkan dengan cara caesarian....bedah. Sudah ditakdirkan tidak mampu melahirkan dengan cara normal, aku redha di atas kehendakNya. Tiada lain yang ku harapkan, hanya ingin melihat semua cahayamata kami ini sihat cergas dan membesar dengan sempurna.

Alhamdulillah, hari demi hari antara sedar dan tidak mereka semakin membesar bersama pelbagai kepintaran, kecenderungan, kematangan dan tidak kurang juga karenah. Kata orang, memang perangai kanak-kanak, macam-macam ada.

Salma, anak kami yang sulung, bakal masuk ke Tahun 1 pada tahun hadapan. Sejak berusia 4 tahun lagi kami sudah mula menghantarnya ke tadika. Pada mulanya dia memasuki Tadika Pasti Al-Hidayah, Kemudian prasekolah SK Taman SEA. Tidak cukup dengan itu, kami turut daftarkannya ke Kelas Kumon untuk menguasai Matematik. Tapi sampai hari ini kami tak tahu kecenderungannya. ketika peperiksaan akhir tahun prasekolah, dia hanya berjaya mendapat markah 100 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Matematik, manakala English 80 dan Agama 96. Soalannya cukup mudah, tapi komen gurunya, "Salma ni suka berangan dan careless". Memang itulah sikapnya yang kami sedia maklum dan tak tahu macamana untuk menanganinya.

Anak kedua kami pula yang lebih senang dipanggil Ili, memang suka berceloteh dan agak petah berbanding kakaknya. Tanya apa sahaja, pasti ada jawapannya walaupun adakalanya jawapan itu menyimpang dari maksud soalan. Bersekolah sama seperti 'Kaklong', pencapaiannya agak memuaskan setaraf dengan umurnya. Namun begitu, Ili ada banyak alasan apabila rasa malas menguasai dirinya. Silap haribulan, jeritannya membingitkan lubang telinga.

Khaleef, putera kecil berlagak wira ini memang belum mengerti apa-apa selain dari dunianya sendiri. Setiap hari urusannya adalah mengetuk, memanjat, membuka semua laci, kemudian minta susu. Bila dia rasa seronok, pasti lagu jepun tema kepada cerita Ganso Tensai Bakabon itu yang jadi siulannya. Kami pun tak tahu kenapa dalam banyak-banyak lagu kanak-kanak, lagu jepun itu yang digemarinya. hanya dia yang ada jawapannya.

Anak ke-4? Kami belum bercadang untuk waktu yang terdekat ini. Biarlah waktu dan izin Allah yang menentukannya. Fikirku, sekarang adalah permulaan kepada pelbagai cabaran dalam menyempurnakan amanah Allah ini. Bukan senang untuk mendidik anak-anak mengikut acuan yang telah digariskan syariat. Dengan keadaan persekitaran sekarang, komitmen kami sebagai ibu bapa berkerjaya, pengaruh media dan bermacam-macam lagi, kami mohon agar diberi kekuatan oleh Ilahi untuk mencorakkan anak-anak ini menjadi generasi cemerlang dunia dan akhirat. Dengan pengetahuan dan kemampuan yang terhad ini, doa kami agar mampu mendidik anak-anak ini mencintai Allah, mentaati ajaran Islam dan menghormati kedua ibubapa mereka.

Aduhai anak...

Andai mereka mengerti apa yang tersirat di hati orang tua mereka.....

Hakm's Home Made Burgers


Burger….terbayang rupa bentuknya? Rasanya? Cara membuatnya? Harganya? Walau apa yang anda bayangkan, burger di Malaysia ini tidak terlalu berbeza bentuk, penyediaan, rasa serta harganya.
Makanan yang berasal dari Barat ini banyak dijual tidak kira di restoran francais mahupun gerai biasa di tepi jalan. McDonald, A&W, Tony Roma’s, Burger King dan sebagainya menyediakan burger hasil resepi mereka yang tersendiri. Manakala gerai-gerai di bahu jalan selalunya menjual burger Ramly dan Otai.
Walaupun turut berstatus gerai bergerak, seumpama namanya, Hakm’s Home Made Burgers menyediakan menu burger buatan sendiri serta inspirasi tersendiri. Asalnya dari daging hancur, ‘patty’nya diramuankan sendiri oleh kami. Seperti burger lain juga, menu yang tersedia adalah burger ayam, daging, kambing serta banjo. Kami turut menjual ‘super jumbo hotdog’di mana sosejnya disediakan oleh Las Vacas dengan saiznya yang agak besar sesuai dengan harganya.Terletak di bahu jalan SS6/3, Kelana Jaya, operasi jualan berlangsung antara jam 6:00 petang hingga 12:30 malam. Datanglah, belilah dan rasailah sendiri resepi kami.

Baca dan faham. Layann..


Salam
Rumahku Syurgaku

2001
November, sesawang internet....sekali sahaja
Disember, dari Kelana Jaya ke Kg Gelugor

Kring..kring..sekadar bertanya khabar
Biasa la tu kan
Apa yang luar biasa?
Kami tak bercinta di talian telefon
tapi bertulusan kasih di hati sanubari
bersama memahami
siratan harapan dan impian nan suci

2002
Februari, restu keluarga cincin disarung
Mei, sah...lafaz akad menyatukan kami
Lantas bermula perkongsian yang agung
dalam mencari redha Ilahi

Alhamdulillah, kami bahagia dalam rahmatMu
Bersama InayahMu
Istiqamah di jalanMu
Mengharap cahayaMu
Suluhi kehidupan dengan iman
seutuh arasyMu

Jalan-jalan di hari raya


Salam Aidiladha


Dalam hening syuruk, tak seperti pagi2 yg lain, takbir bergema memecah kesunyian kota. Aidil adha dtg lagi. Seperti tak terasa kehadirannya, ku cuba bertafakur sejenak sambil melafaz takbir suci menginsafi kekerdilan diri.

Raya di kota beginilah... sambutan bagai tak wujud berbanding suasana di kg. Bukan ku kisah ttg sambutan atau kemeriahan, cuma terkenang penghayatan orang di kg lain dgn org di kota. Aaah... tak kisah la tu. Apa cara org nak sambut 10 - 13 Zulhijjah ni, terpulanglah pada cara mereka sendiri.

Aidiladha dah tiba, rezeki utk sertai korban pada kali ini tak mengizinkan. Jadi, kami sekeluarga pergi jalan2 saja la. Paling tidak, ruang dan waktu pada hari mulia ini tidak berlalu tanpa sebarang erti.

Bermula selepas solat sunat Eid, kami terus bertolak ke rumah kak Ginie. Di sana tempat berkumpul kaum keluarga sebelah suamiku untuk raya kali ini. Tuan rumahnya (kak Ginie n abg Rahim) tiada di situ kerana mengerjakan haji buat kali yang kedua. Ibu masak nasi beriani, nasi himpit dan kuih lopes. Hannah buatkan 'dessert', sementara yg lain datang untuk makan aje.

Hampir jam 11:30 pagi, kami semua bersurai dari situ kecuali yang berkenaan sahaja. Abg Hakim sekeluarga ke Keramat, Kak Alin menunggu kawan lamanya ketika berkhidmat di Australia, sementara kami sekeluarga bertolak ke Sikamat, Negeri 9.... rumah Siti Noriani, kawanku sejak Darjah 1.

kalau ikut rancangan asal, kami nak ke Rembau, kg bapa mertuaku. Di sana ada sedara-mara yang jarang-jarang dapat bertemu. Tapi hasrat tak kesampaian...waktu dan cuaca antara faktor. lantas sebelum balik ke Kelana Jaya, sempat kami singgah di rumah Ayong di Senawang. Solat Asar, makan-makan, sembang-sembang sekejap, terus pulang.

Kata orang, raya haji org buat korban, tapi kami...gi jalan-jalan. Whatever.....

Yang pasti, dalam kesyukuran dapat berziarah, aku kepenatan. Penat mengawal 'little caliph' yg sedang lasak sekarang ini.

Hari ini hari raya yang kedua, kami duduk di rumah saja, tak bercadang kemana-mana. Sekejap lagi suamiku nak masuk dapur, siapkan tempahan 'special brown sauce' untuk jamuan 'western food' keluarga Kak Sam.
Salam...
Dah lama betul saya tak berkongsi sesuatu di laman ini. Bukan kerana sibuk, tapi tangan dan minda ini terasa kaku untuk bertinta. Dah memang jiwa raga bukan bernaluri penulis, lantas blog ini ibarat hidup segan mati tak mahu.
Esok, tanggal 27 Nov 2009, bersamaan lah tarikh itu dengan 10 Zulhijjah 1430. Sejak berumahtangga dan berkampung halaman di Kelana Jaya ini, seingat saya baru 1 kali beraya di kg, itupun kerana buat aqiqah anak yg sulung...6 thn lalu. Kali ini berkebetulan dgn cuti sekolah, kami hampir2 pulang ke Trg...tapi terpaksa dibatalkan disaat akhir atas sbb2 yg boleh diterima akal. Sedih jgk sebenarnya, tapi dah terbiasa beraya dgn mentua yg x krg meriahnya, saya akur. Itulah pengorbanan, agaknya.
Salam Eidul Adha 1430....jumpa lagi.