Salam Aidiladha
Dalam hening syuruk, tak seperti pagi2 yg lain, takbir bergema memecah kesunyian kota. Aidil adha dtg lagi. Seperti tak terasa kehadirannya, ku cuba bertafakur sejenak sambil melafaz takbir suci menginsafi kekerdilan diri.
Raya di kota beginilah... sambutan bagai tak wujud berbanding suasana di kg. Bukan ku kisah ttg sambutan atau kemeriahan, cuma terkenang penghayatan orang di kg lain dgn org di kota. Aaah... tak kisah la tu. Apa cara org nak sambut 10 - 13 Zulhijjah ni, terpulanglah pada cara mereka sendiri.
Aidiladha dah tiba, rezeki utk sertai korban pada kali ini tak mengizinkan. Jadi, kami sekeluarga pergi jalan2 saja la. Paling tidak, ruang dan waktu pada hari mulia ini tidak berlalu tanpa sebarang erti.
Bermula selepas solat sunat Eid, kami terus bertolak ke rumah kak Ginie. Di sana tempat berkumpul kaum keluarga sebelah suamiku untuk raya kali ini. Tuan rumahnya (kak Ginie n abg Rahim) tiada di situ kerana mengerjakan haji buat kali yang kedua. Ibu masak nasi beriani, nasi himpit dan kuih lopes. Hannah buatkan 'dessert', sementara yg lain datang untuk makan aje.
Hampir jam 11:30 pagi, kami semua bersurai dari situ kecuali yang berkenaan sahaja. Abg Hakim sekeluarga ke Keramat, Kak Alin menunggu kawan lamanya ketika berkhidmat di Australia, sementara kami sekeluarga bertolak ke Sikamat, Negeri 9.... rumah Siti Noriani, kawanku sejak Darjah 1.
kalau ikut rancangan asal, kami nak ke Rembau, kg bapa mertuaku. Di sana ada sedara-mara yang jarang-jarang dapat bertemu. Tapi hasrat tak kesampaian...waktu dan cuaca antara faktor. lantas sebelum balik ke Kelana Jaya, sempat kami singgah di rumah Ayong di Senawang. Solat Asar, makan-makan, sembang-sembang sekejap, terus pulang.
Kata orang, raya haji org buat korban, tapi kami...gi jalan-jalan. Whatever.....
Yang pasti, dalam kesyukuran dapat berziarah, aku kepenatan. Penat mengawal 'little caliph' yg sedang lasak sekarang ini.
Hari ini hari raya yang kedua, kami duduk di rumah saja, tak bercadang kemana-mana. Sekejap lagi suamiku nak masuk dapur, siapkan tempahan 'special brown sauce' untuk jamuan 'western food' keluarga Kak Sam.
0 ulasan:
Catat Ulasan