Jejak semalam buatku jadi insan
Ilmu ku dokong jadi suluhan
Walau sekelumit tetapku
Kenang
Agar pegangan hidup
Sentiasa berpedoman...
Pendidikan formal terawal: Tadika KEMAS, Gelugor Kedai (1982)
Ingatan tulus ikhlas buat Cikgu Mek Sena....
SK Gelugor, Kuala Terengganu (1983 - 1988)
(Logo sekolah tak jumpa)
Kamilah perintis generasi UPSR.
Cikgu Ariffin, tunjuk ajarnya dalam Pendidikan Seni menjadi idolaku sebagai Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual di SK Taman SEA.
Terima kasih buat semua guru-guruku yang berwibawa. Ketika itu sekolah ini dikenali sebagai SMA Durian Guling.
Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Gong badak, Terengganu (1993 - 1997).
Sekarang dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Diploma Pengajian Islam Al-Quran dan As-Sunnah (AQSA) jadi pilihanku.
Menara gading... Universiti Al-Azhar As-Syarif, Kaherah, Mesir (1997 - 2000). Nun jauh ku redahi gedung tamadun ilmu demi segulung Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah.
Niat di hati nak sambung Master di IPTA, rupanya berlabuh di Institut Perguruan Islam Selangor (2006-2007) bagi melayakkan kerjaya diriku sebagai pendidik. PLBS KPLI j-QAF Bahasa Arab....itulah yang terakhir setakat ini.
Tiap masa, kita belajar dan terus belajar dari pengalaman. Walau bukan dengan pendidikan formal, kita tetap sebagai pelajar...hingga akhir hayat. Dan kerjaya sebagai guru amat beruntung buat diriku. Bukan kerana imbuhan di penghujung setiap bulan, tetapi kerana guru perlu sentiasa belajar untuk tahu mengajar.
Terima kasih buat guru-guruku, dan terima kasih jua buat anak-anak muridku.
Jom belajar!
0 ulasan:
Catat Ulasan